Sunday 14 October 2012

Saturday 6 October 2012

Contoh Jadual Rancangan Harian



  1. Pengenalan
Setiap manusia yang dilahirkan adalah unik dan dilahirkan dengan ciri-ciri tersendiri yang istimewa. Malahan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh hal demikian, kajian terhadap perbezaan individu memainkan peranan penting terutamanya kepada guru, pensyarah dan kaunselor. Hal ini memudahkan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkesan dan menyeluruh. Perbezaan individu dapat dilihat dengan jelas melalui kajian personaliti. Menurut Borich (2002) didalam buku Psikologi Pendidikan menyatakan bahawa terdapat dua jenis perbezaan individu yang boleh dikenal pasti iaitu melalui interindividu dan intraindividu. Beliau mengulas ciri-ciri interindividu merupakan perbezaan yang wujud didalam diri individu yang dipengaruhi oleh masa,tempat dan keadaan. Manakala intraindividu pula merujuk kepada perbezaan yang jelas dipamerkan dan boleh dibezakan antara satu individu dengan individu yang lain.
Carl Jung (1961) turut memperjelaskan bahawa perbezaan individu boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis kumpulan besar iaitu ekstrovert,introvert dan ambivert. Beliau turut menjelaskan bahawa faktor sahsiah turut mampu mempengaruhi gaya pembelajaran individu.Atan Long(1978) menjelaskan bahawa perbezaan individu mampu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dan gaya pembelajaran didalam kelas.


Sila KLIK " RPH PRASEKOLAH " di bawah untuk mendapatkan makluumat tentang RPH Prasekolah :


RPH Prasekolah


Indahnya Prasekolah....


Prasekolah (bahasa Inggerispre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.


Latarbelakang

18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

[sunting]Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

[sunting]Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

[sunting]Konsep

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

[sunting]Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

[sunting]Pengurusan

Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

[sunting]Murid

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

[sunting]Kurikulum

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.