Tarikh :
17.10.2012
Hari :
Rabu
Masa :
30 minit
Darjah :
Prasekolah Bestari
Bilangan Murid :
20 orang
Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu
Tajuk Pengajaran : Buah-buahan
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid sudah biasa melihat dan mengenali
buah.
2.
Murid sudah boleh membaca perkataan suku kata terbuka
dan tertutup.
Objektif
Pengajaran dan : Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Pembelajaran 1. Membatangkan suku kata dan menyebut
perkataan.
2. Memadankan ayat dengan gambar dengan betul pada kadar 8 / 10
3. Menulis
ayat berpandukan gambar dengan betul pada kadar 6 / 10.
Kemahiran : 1.1.13 Mendengar dan member respon terhadap perbualan guru.
2.1.3 Berbual
menggunakan ayat mudah dengan sebutan betul. 3.5.8 Membatang tiga sukukata terbuka menjadi perkataan.
4.2.6 Menyalin ayat/perkataan dengan betul.
Nilai-nilai murid : Bersyukur dan berterima kasih
Alat Bantu Mengajar : 1. Buah
sebenar/plastik
2. Kad
suku kata / perkataan
3. Lembaran kerja.
Langkah-langkah /
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Media Pengajaran
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
( 5 minit )
|
Teka-teki
|
1. Guru berbual dengan murid perihal kandungan dalam kotak
2. Guru bertanyakan soalan serta memberikan sedikit
gambaran.
(Kotak bertutup
)
3.Guru memilih lima orang murid untuk menyentuh bahan
didalam kotak.
|
1. Murid memberi respon terhadap
soalan teka –teki.
2. Murid cuba meneka jawapan berdasarkan gambaran.
3.Murid menyentuh bahan dan cuba meneka.
|
-Kotak teka teki yang tidak dapat dilihat isi dalamnya.
|
Langkah 1
( 10 minit )
Langkah 2
( 10 minit )
|
3.5.8
Membatang
3 sukukata terbuka dan suku kata tertutup
3.5.8-
Membatang sukukata terbuka dan tertutup menjadi
perkataan/
ayat.
|
1. Guru bertanyakan nama buahan yang di
tunjukkan dan bersoaljawab.
2. Guru menayangkan kad suku kata dan meminta murid membatangkan. Contoh; tembikai
2. Guru membimbing murid membaca ayat mudah. Meminta murid membatangkan dan mengikut
guru membaca.
Contoh-
-Buah rambutan manis.
-Buah pisang atas peti.
-Ibu beli buah jambu.
-Lima biji buah betik
|
1. Murid menamakan jenis buahan yang dilihat
contoh :
oren
2. Murid membatangkan
suku kata.
Contoh : tembikai
1. Murid mengeja dan membaca ayat mudah dengan
bimbingan guru.
2. Murid menjawab soalan mudah guru perihal ayat
mudah.
3.Murid melengkapkan lembaran kerja dengan bimbingan
guru dan pembantu.
|
-Buah
sebenar/plastik
-kad
gambar
-kad
perkataan
-lembaran
kerja.
-lembaran
kerja
|
Penutup
(5
minit)
|
Peneguhan/
penilian guru.
|
Bagi murid yang telah menyiapkan lembaran guru akan
berbual ringkas dan memberikan murid kad gambar berserta buahan plastik untuk
mereka bermain.
|
Murid akan berbual-bual ringkas dengan guru perihal
kad gambar serta buahan plastik.
|
-Kad gambar.
-Carta buahan.
-Buahan plastik.
|
No comments:
Post a Comment