Tuesday, 25 September 2012

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.
Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai. Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.....( baca seterusnya di Portal UPSI )

MUAT TURUN DOKUMEN KSSR TAHUN 3


TINTA PENULIS

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya membina sebuah laman blog sebagai membudaya ICT dalam kehidupan seharian. Memang tidak dinafikan pada era ini, peranan ICT sebagai medium bagi memperoleh pengetahuan sangat penting. Sebagai mahasiswa, saya terpanggil untuk menyahut seruan ini demi mempertingkatkan pengetahuan saya dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan serta dapat menyebarkan ilmu kepada masyarakat sedaya mungkin. Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran khususnya suami tersayang Cikgu Azman dan anak-anak tercinta. Tidak dilupakan kepada pihak KPM yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dan kepada semua pensyarah pembimbing saya yang tidak jemu mencurahkan ilmu sepanjang pengajian saya. Semoga sokongan semua pihak diberi ganjaran pahala oleh Allah tuhan pentadbir alam. Terima kasih.