Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi
pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan
negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke
sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan
institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama,
mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama.
Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29
November 1922 - 1957), era MPSI
(1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era
ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh
institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah
lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini
diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang
bertarikh 24 Februari 1997.
Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.
Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai. Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.....( baca seterusnya di Portal UPSI )

No comments:
Post a Comment